I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, January 27, 2011

..Cicak bertahi hitam putih..



"Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri "


Sumber : Wikipedia



Oh. baru tau. Dasyat gak cicak ni kan? siap leh putus-putus ekor lagi. Tengok gambar cam geli. warna koko. Tahik kaler hitam putih. mata ada 2, kaki ada 4. Kotor tak cicak ni? ada kuman? Makan apa hah cicak ni? Berdosa tak kalu kita bunuh? euwww.


Kenapa tiba-tiba citer sal cicak?


Ok fine.

semalam time aku tido agak2 pukul 4 pagi kowt..
Cicak jatuh atas kepala aku then masuk dalam baju =______=

bangang punya cicak..... 

Thursday, January 13, 2011

..6 situasi yang selalu buat di sekolah!..

Situasi Pertama

Nampak tak Cikgu pagi tadi? Hah kau nampak? Alahhhh. Aku tengok kereta dia tak ada pun. Plat kereta dia PTH 2423 kan? Aku tengok tak ada pun. Oh, dia datang dengan suami dia eh? Alahhhh. Aku ingat dia tak datang tadi. Maknanya ada kelas dia lah nanti? Penat pagi-pagi aku pergi park kereta cari kereta cikgu.




Situasi Kedua

Cikgu : Saya ada mesyuarat pada pukul 9 pagi nanti. So, saya kena batal kelas.
Murid-murid : ALAHHHH. APA NI CIKGU?! KAMI DAH BAWA BUKU DAH. DAH SEMANGAT NAK BELAJAR. CIKGU PULAK CANCEL KELAS. HAIH. MALAS AR CAMNI. APA NI APA NI. JANGAN LA CANCEL KELAS CIKGU. PLEASE. SEDIH AR CAM NI. CIKGU TAK SAYANG KITAORANG KE? ALAHH. MESYUARAT TU TAK PENTING KAN? KAMI NI LAGI PENTING. EXAM DAH DEKAT.
Cikgu : Saya suka dengan sikap kamu semua. Tapi saya terpaksa pergi kerana urusan yang penting.
Murid- Murid : Alahhhh :(


*Selepas cikgu keluar. Semua murid sorak kegembiraan T_T*



Situasi Ketiga

Murid A : Wehh. homework aku tak buat wehhh. Alamak.
Murid B dan C : Aku pun!
Semua murid : Aku juge aku juge!
Murid nerd : Aku buat! :P
Cikgu : Okay. Saya rasa saya ada bagi kerja sekolah semalam. kan? Sila buka kerja itu.
Semua murid : Eh mana ada cikgu. Mana ada. Cikgu tak bagi pun.
Murid Nerd : .....
Cikgu : Oh. Maaf. Mungkin saya terlupa. Biasalah saya dah tua. Dah 20 tahun saya kerja sebagai cikgu ni. Macam-macam cabaran saya tempuhi. Macam-macam jenis pelajar saya jumpa. Dulu saya study di bla bla bla bla pot pet pot pet.




Situasi Keempat

*Lagi 5 minit nak habis kelas* 
Cikgu : Okay. Itulah apa yang tadi diperbicangkan dalam buku teks. Saya harap kamu semua faham.
Semua murid : Oh faham faham *sambil kemas buku, stationary simpan dalam beg*
Cikgu : Kenapa kamu semua simpan beg? Kita masih ada 5 minit lagi. Saya nak bagi latihan dan nak kamu semua siapkan harini juga.
Semua murid : T_T *Bawa keluar balik semua barang*




Situasi Kelima

Cikgu : Sebenarnya. Dalam dunia ni ada macam-macam dugaan.
Murid : Dugaan apa cikgu?
Cikgu : Dugaan susah dan senang.
Murid : Senang macam mana cikgu?
Cikgu : Senang la. Mungkin dari segi kekayaan.
Murid : Macam mana nak kaya cikgu?
Cikgu : Kena rajin belajar la. Jadi pandai.
Murid : Macam mana nak jadi pandai cikgu?
Cikgu : Jadi pandai kena selalu baca buku. Jangan malas.
Murid : Buku macam mana tu cikgu?
Cikgu : Buku-buku teks kamu, kadang-kadang baca paper, novel.


OKAY. MASA DAH HABIS.




Situasi Keenam

Murid A :Wehh. Masa cikgu dah habis. Rehat kot sekarang. Dia tak perasan lah!
Cikgu : *still mengajar*
Murid B : Itulah. Aduhh. Macam mana ni?
Murid C : Kringg kringg. Kringg kringg.
Murid A : Cikgu tak perasan la bunyi loceng yang kau buat tuh.
Murid B : *menjerit* WEH KAU MURID F! JAM PUKUL BERAPA?
Cikgu : *tengok jam* Oh, masa rehat eh sekarang? Okay. Kamu semua boleh pergi rehat.

Tuesday, January 11, 2011

..Class Schedule..

Hello Ladies & Gentleman..
Tadi aku baru ja dpt jadual waktu yg baru..agak senang hati jugak lah
(senang hati? )..sbb jadual ni lebih baik dari jadual yg lama ( lebih baik? )..sbb jadual lama aku everyday kena bangun awal iaitu 6:30 a.m.. haha..but this jadual baru..aaaahh.. thank God ! kali ni kena bangun pukul 5:00 a.m  dan x berapa padat sangat lah.. tengok......





Description :
Tengok ari Isnin.. oh my gosh !! ada petak kosong !! sumpah masuk dalam pala hotak aku apa belajar.. aku jamin.. 100% !!
Tengok plak ari Selasa, rabu, khamis, .. yeah !! leh bangun lambat.. ngee~
Tengok ari jumaat.. ada klas di hujung2 dunia tuh.. duh.. kalu x.. leh balik Penang awal skit..


*2 minit pengsan berdiri masa first first tengok jadual ni*

Monday, January 10, 2011

..Hari Pertamaaaaa~..

Hari pertama aku isi dengan kemas bilik ja. haih. dari bilik lubuk oink oink teros tukar jadi bilik Casa Impian. haha.



Bilik aku :)
Agak-agak leh terjun tak? haha.



Sapa budak wtf nih? haih =.="



Ronda-ronda. aku tatau nama apa. tapi time ni hujan renyai-renyai rintik-rintik gitu. agak-agak nak feeling-feeling. leh lah datang. *eh? hujan ker? macam panas terik jer* haha


Blok aku~ horror gila. sebab tak ramai sangat orang.



ni la kowt tempat aku belajar.. JMTI? apa tu?

Yeayyy. esok akan start kuliah. jadual aku apa pon tatau lagi. haha. esok tatau lah cam na. haih. follow the flow lah. what the fish kau sazwan nak speaking. haha. harap classmate esok pon okeh. fun and funniahhh !


Beboiiii~





..Perhatian : Dia Mengganas!..

                                         Itu dia ITU DIA ITU DIA ITU DIA !!!





Inilah binatang yang paling digeruni bagi aku dan member-member kolej yang datang dari tempat yang tak ada padi. Aku dah mula menjumpai koloni-koloni binatang ni kat bilik asrama aku. BANYAK PULAK TUH! WOH! Okey fine! Sekarang dah musim dia dah. MUSIM DIA MENGGANAS! T_T






Binatang ni sangatlah bahaya. Bila dia datang merayap kat badan. Tak boleh bunuh dia. Kena buang elok-elok. Sebab binatang ni punya acid. OMG. Boleh tinggal parut okey. DAN SAAAAANGAT LAH TERUK ! Pada semua! BERJAGA-JAGA. Erk! aku rasa perlu stop menaip sekarang! Sebab dah rasa macam Makcik guard kolej dah hah JERIT SANA JERIT SINI TERLOPONG SANA TERLOPONG SINI =__=








Okey FINE!




Nama binatang ni CHARLIE.






ECECE.. NAMA NAK YANG COMEI JER! =__=






Hah jumpa sekor! pap! mati kau! *pijakpijak amik kerusi meja baling*

..Ada Facebook. Tidak Kisah. Tidak Ada Facebook? Oh. Tidak Kisah Jugak..

Ok. Kecoh 1 Malaysia. Ehem ehem. Assalamualaikum. Hai semua pengikut yang nampak or yang tak nampak. Sorry TERgelojoh .update teros taip Kecoh 1 Malaysia. Apa yang kecoh? Pandai buat gimik. Pandai buat Melodi. Pandai buat Akademi Fantasia. Pandai buat OKAY CUKUP SAZWAN. DIAM.



Facebook akan ditutup pada 15 March ini? OH MY GOD! TOLONG TOLONG. HELP ME HELP ME. TIDAKKKKKK. JANGANNNNN TUTUP. MACAM MANA NAK HIDUP LEPAS NI? FACEBOOK MACAM NYAWA AKU. FACEBOOK LIFE AKU. FACEBOOK LA JANTUNG PISANG AKU. FACEBOOK LA SEGALA-GALANYA. Facebook macam breakfast. Bangun-bangun pagi. Terus celik mata terus on laptop terus taip ID dan Password and terus update "Selamat Pagi Manusia-manusia Facebook. Apa khabar kalian?" Then disapa oleh orang-orang dalam tu even orang yang tak kenal T_T JANGAN TUTUP FACEBOOK. AKU MERAYU MELUTUT. JANGAN PERGI FACEBOOK. KALAU NAK PILIH ANTARA KLCC DAN FACEBOOK. AKU BETTER PILIH FACEBOOK *then cium tepi jalan* :B



NOT! 


Hey!! HAHA. OVER. SIAP BOLD LAGI. SIAP LETAK KALER MERAH LAGI. Kalau la Facebook nak tutup. Well, aku pun tidak tahu apa aku cakap ni. Bagi aku macam. Eh hello. Tidak ada Facebook pun aku macam tak kisah sangat. Nak tutup. Tutup la. Facebook la tempat bergaduh. Tempat up status marah-marah. Tempat mencarut-carut. Tempat budak-budak nak online. Umur baru darjah 5. Kad pengenalan pun tak ada lagi. Dah pandai nak Facebook-facebook. Tengok 1 perempuan tu habaq hang. Cantik. Rambut ishhh macam ROSALINDA AYAMMO. Tapi bila datang dari segi Facebook. Mencarut tak habis. Kalau lah Facebook ada lagi masa depan.




Anak : Mak, NAK CARI MENANTU MACAM MANA? Ini Cheq ada sorang calon. Lawa.
Mak : Mai Facebook dia. *Then Si mak check check* REJECT REJECT. KUAT MENCARUT BUDAK NI. DAH LA TANGKAP GAMBAR PUN SEKSI-SEKSI.



LOLOLOLOLOLOLOLOLOOLOLOLOLOLOL



Maybe aku tidak kisah sebab aku xreti sangat guna facebook. hahaha. bukak pown jarang. Ecehh. jarang?. Ayat tak boleh blah. Myspace? Hurmm. Account punya password pun dah lupa. Friendster? Errr. Friendster tu apa? LOLOLOLOL. Kalau la mereka ni boleh bercakap.




Facebook : Tulungg. Aku dah nyawa-nyawa ikan dah ni. CPR CPR please.
Myspace : Jangan tulung Cik Facebook. Biarkan dia mati. Hahaha. Rasakan. Sebab dia aku tak popular.
Friendster : *Batuk tua* Uhuk uhuk. Tak baik buat macam tuh. Uhuk uhuk. Kita kan 1 keluarga.
Twitter : *Senyum-senyum jahat*




Kalau betul-betul Mark nak tutup. Nak saman dia boleh? Pertama, SEBAB MENGHABISKAN MASA AKU ALMOST 3 YEARS MELAYARI INTERNET TANPA ARAH TUJUAN. Kedua, SEBAB KEHILANGAN INFORMATIONS, PICTURES (Sebab tanak memberatkan laptop. Aku simpan gambar dalam Facebook. keke), SKANDAL-SKANDAL AKU DAN MACAM-MACAM LAGI.. :B



Orang paling gembira Facebook nak tutup adalah semestinya Ibu Bapa. Tapi kalau Ibu Bapa yang ada Facebook atau stalk anak dia kat Facebook. Mungkin susah sikit kot nak menerima. Contoh anak update status "Nak pergi Clubbing. Jom jom. Sapa nak ikut?" Balik rumah anak bukak lampu tengok parent duduk dalam gelap TANPA HALA TUJU SEDANGKAN BOLEH JER BUKA LAMPU. SAJA NAK SUSPEN KATANYA. GITU. then anak pun terkejut sebab Ibu Bapa duduk dalam gelap macam hantu. Then marah-marah sebab tahu anak pergi clubbing balik lambat. Kantoi. Macam mana Ibu Bapa tahu? Ibu bapa guna gambar tipu then add anak tuh. WOW! Gambar yang guna tak boleh blah. Guna gambar Lady Gaga. Rozita Che Wan.




Tapi aku rasa itu semua gimik ja. Facebook takkan tutup la. mustahil . Harga untuk Facebook tu BERBILLION BILLION LEMON kot. Entah-entah BERTRILLION-TRILLION LIMAU KASTURI. So, takkan nak tutup macam tu je kot kan? Rilek kawan-kawan. Rilek. Itu gossip jer. Kita tunggu MELODI pergi interview Mark. Komfem, dari tutup tak jadi tutup terus. Tiba-tiba Melodi tanya"Mark mark, Ko nak tutup Facebook sebab apa? Sebab bergaduh dengan Nora Danish kan?" TETIBA NORA DANISH. HAHAHA. TU JA ARTIS TERLINTAS DALAM FIKIRAN AKU. AKU LETAK JA LA :B 


ni ha tekan kat sini...





Ok. Bye. Nak pergi check kot-kot ada Ibu Bapa aku dalam Friend List.




Konklusi : Aku tak kisah pun kalau Facebook tutup. Kalau tutup, tutup la. Kalau tidak tutup. Ok juga :)

Friday, January 7, 2011

..Selsema/Selesema..



comeiiiiiii. sampai melompat-lompat kau eh? haha
Orang selsema nanti idung dia besar eh? alamak *gulp*
Peringatan : Bila nak bersin. tutup cover mulu tuuhh !!



Urghhhhh. Selsema adalah satu penyakit bagi aku yang saaaaaaaaaaangatlah wtf. Aku kata ini sebab aku selsema sekarang ini. haha. kan weh? aduhhh.




"Please. Cik Selsema bin Flu. kasihanilah aku. aku hanya insan biasa yang mahu hidup dalam dunia yang fana ini. ohhh~ bulann~ lalalala~"




Hingus yang sentiasa mengalir ingin berpusu-pusu nak keluar tengok dunia luar. oh damn ! sangat la rasa hell hokeh. Bunyi? dok soh seh soh seh. selang setengah minit pulak tuh. sempat kira berapa minit lagi oookeeehh.





Nasib baik tak jadi dalam tengah jawab exam. aduhh. kalu selsema time exam. sumpah. memang tak best. seriusli. memang tak best (perlu ulang 2-3 kali? wtf u asphaq). Ia akan menganggu fokus untuk kita nak jawab soklan exam. (ayat professor)





P/S : Rasa-rasa time tengah aku type ni. dah berapa kali dah bunyi sok sek sok sek? Nak pi beli tisu sat. Guna sepuloh kotak, sepoloh kotak habis dah ni. boboiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii *sambil tarik nafas dalam-dalam pastuh stop. 

Thursday, January 6, 2011

..Reunion Ultraman!..

Hehe. Ultraman cakap "Yeah". Comei jer T_T



DULU sampai menangis-nangis bila tengok cerita Ultraman. BUKAN SEBAB ULTRAMAN MATI EKSIDEN ATAU DIDUAKAN OLEH AWEK MACAM CERITA-CERITA MELAYU TUH. BUKAN BUKAN! JANGAN SALAH FAHAM. tapi sebab yer la. dulu asyi kena pukul sepak terajang ngan raksasa jahanam! YA! RAKSASA JAHANAM! siap POWER LAGI BAGI KAT ULTRAMAN! YA! RAKSASA JAHANAM LAGI AKU TYPE!



Sekarang ni dah tak nangis dah. Heee :P Sebab DAH TAHU YANG ULTRAMAN PASTI AKAN MENANG! Memang komfem-komfem menang. Walaupun lampu kat dada dia tuh lip lap lip lap macam lampu raya tuh. Tapi. TETAP MENANG! Penat menangis. ceh! BOIKOT ULTRAMAN! T_T



Gambar atas tu tak pasti cerita apa. Tapi ramai woh Ultraman dia! Ada 8 orang! woh woh aku terkejut aku terkejut *cabut mata lap lap* Reunion apa ni? Tapi kenapa 5 ekor ja dalam gambar?


SEBAB YANG LAIN PERGI SELAMATKAN BUMI ! FAHAM?!


















Ni sorang terlepas pi Penang T_T

..Nak release tension? tatau cam na? mai. aku gitau..

Setiap orang ada masalah. masalah duit lah. kewangan lah. hutang lah. (tak sama ka suma tuh?) masalah awek lah. family lah. kawan-kawan lah. Kadang-kadang tuh. selesai dah 1 masalah. 1 masalah lagi datang then. datang lagi then. datang lagi. bila nak habis masalah pon tatau kan.



So perkara yang paling mulia bila nak release tension ini. anda perlu TIDO. haha. aku suuuuuuuuka tido. haha. bila tido mimpi plak awek-awek cun yang seksi-seksa. terjun gunung bersama-sama. guling-guling atas rumbut berduri. main tepi tepi pokok. tak da pokok celah celah kereta pon boleh. ada plak background musik hindustan. waduhhh. best kot kan ! haha.



Bila bangun sumpah anda akan lupa abih suma. haha. tido plak 8 jam. tu baru tido petang ja tuh. dari kul 3 petang sampai 11 malam. pastuh kul 12 sambung balik tido. komfem. kiok la hampa kalu cuba try benda ni suma. haha.




Selamat Mencuba. Bebooiiii !



*Entry ntah apa apa =.="

..Seorang lagi bagus kan?..

Aku tak suka sangat terlalu rapat dengan orang. Ye lah. memang semua manusia wajib berkawan kan. setiap orang ada kawan baik, BFF lah. apa lah. tapi for me. kalu boleh aku tanak terlalu rapat sangat. sebab kalau ada terguris sikit ja. hah. mulalah aku yang mengelabah tak tentu pasal. aku yang buat teruk.


Selama ni aku ja yang selalu mulakan mesej dan sebagainya. wtf betul. see, bila kawan tak tegur aku. aku mula rasa lain macam. "depa ni suka lagi ka kat aku ? "or "Depa benci aku ka?" Oh. whatever :'( tapi kenapa aku yang selalu mulakan eh?


Aku ni dah la susah gila nak berkawan ngan orang. Seriously, aku cukup susah nak berkawan dengan orang. aku pon tak tahu kenapa. aku tak lah nak gebang-gebang sembang ngan orang bila baru kenal. itu bukan cara aku. dah tuh. kawan yang ada pon macam layan tak layan ja. ya lah. mereka senang dapat kawan kan.


Aku tulis ni bukan aku tak ada kawan langsung. cuma ya lah. saja nak bercerita. tapi benda-benda macam ni lah yang membuatkan aku MALAS nak berkawan atau bersahabat dengan sesiapa.. 

..4 bulan bersama. akhirnya, You rela Tinggalkan i..

Huwaaa. apa aku nak cita ni just luahan seorang lelaki yang sedih dan pilu.


Kenapa awak buat kat saya macam nih? saya jaga awak, saya belai awak, saya bawak awak kemana sahaja saya pergi.


Tapi kenapa perlu tinggalkan saya.


Kita dah bersama 4 bulan. 4 bulan bukan 1 tempoh yang singkat sayang. 4 bulan itu sangat laaaaaaaaaaaaama !


Tapiiiii..


Kenapa sekarang baru awak nak putuskan pertalian ngan saya?














                Cuba awak cerita kat saya? kenapa awak putus hah sayangku?


..Kenapa aku tak suka pi kenduri dan aku tau sebab apa korang juga x suka pi kenduri..

Wah. gila vavik. tajuk entry panjang berjela. ok done. tak yah nak tulis apa-apa. sebab, tajuk entry dah maksudkan segala-galanya. *pang! kena baling gigi palsu oleh pembaca =.="


ok ok. aku siyes. ilek lah. memain ja pon. haha.


Asal cuti panjang-panjang ja. menda paling aku takut adalah pergi kenduri. kenduri kawin la of course kan. kenapa? kenapa? kenapa pa pa kau berubah kenapa pa. haha. lagu stacy plak masuk interprem.


Bukan takut apa. asal pegi ja kenduri. mesti ada la pakcik-pakcik dan makcik-makcik yang akan tanya "hah ! ang bila nak kawin plak along (along tu nama panggilan aku) eh!!!??? korang tak tau ka? bukan ka aku dah.............. ermm.. aha laa.., aku lupa bagitau nama aku.. wahahahha sory sory...*pang! kena baling gigi palsu oleh pembaca lagi =.= huhuhu ok ok.  ilek lah. memain ja pon. haha... 



                                                      *ehem2..
                                                 First Thing First
                                            ladies and gentleman~



                                                  "My Name is
                                          Mohamad Sazwan Sakri
                                            You also can call me
                                      -Sazwan(nama time high skol)
                          -Wan(nama commercial dlm internet..haha)
  -Along (siyes..itu panggilan masa kecik-kecik..sbb masa tu aku masih lagi 
                                                    beriman!) -Budak betuah (ini adalah nama timangan yang di panggil biler kemarahan di 
                                            tahap melampau!!)


eh eh??? lari tajuk dah ni... sebuk ja nak perkenalkan diri... lebih lebih pulak.. huh... k k sambong OMG OMG.....pakcik-pakcik dan makcik-makcik  ni.................... ada ka tanya


"along mesti ada marka dah kan?" , "marka cam na? sihat" , "bila nak bawak marka along tunjuk kat makcik" , "along, nak kawin ngan anak makcik tak?"


aku pula. hanya mampu bersengeh like kerang busuk yang menanti untuk dibakar lalu dimakan oleh segombolan maknosia. helo ! tak da menda lain ka nak tanya? tanya la study aku cam na, sihat tak, makin ensem ka or whatever it is.


Kalau lah aku diberi mandat tuk jawab. aku akan jawab "hish. makcik nih. along dah kawin dah pon. anak dah duabelas! saja tak jemput makcik datang kenduri along ritu " tak pon " ish makcik nih. nakal lah tanya soklan cam tuh. hah. ritu saya tengok husband makcik kawin ngan mak indon mana ntah. makcik tak tau ka? cian makcik" tak pon " anak makcik yang kawan ngan mamat nepal tu kawin ka blom?"


Hah ! baru nak sentap sentak sentek.


Ni asyik tanya sal kawin kawin kawin dan kawin. Paling tabule blah.kalau ada situasi cam ni,


Da sorang makcik ni cakap " amboih,*dengan muka excitednya* ritu makcik nampak along jalan ngan pompuan mana ntah. seksi cam angelina jolie. ada apa-apa ka? hah! ita (mak aku), sikit hari lagi ang dapat menantu lah noh "


For ur info makcik. pompuan yang macam angelina jolie tuh adalah anak makcik. haha. hamekk kau makcik. sibuk jaa tepi seluar orang. haha. (aku tak pakai kain. so bukan jaga tepi kain aku lah)


Kadang-kadang tuh time pergi kenduri jugak. ada ja mata memerhati. yang memerhati tu mesti makcik-makcik yang banyak gelang emas, yang pakai tudung sampai lip-lap cam lampu raya dan make-up sampai berlapis berkerak merak. Ada jugak yang sambil makan, mata tu adoi. usha skodeng sampai terkuar bijik-bijik mata. punya nak cari maklumat terkini lah. haha.


Dan ada juga kat tempat kenduri. perang fesyen gitau kat hampa suma. haha. yang dah tua-tua cucu kiri kanan atas bawah. tapi, maintain beb maintain. baju berlabuci kristal bawah atas, tudung ala-ala Siti Nurhaliza, kalu leh, kasut high heel 8 inci. beg tangan, Guess,Gucci, LV even pasar malam punya.


Segan gila nak pi kenduri lah kalu cam ni. tapi my parent selalu cakap "kalu kita tak pi kenduri orang, nanti orang tak pi kenduri kita balik " betui jugak cakap parent aku. tapi. adoiyai. aku pergi nak makan bukan nak dengar makcik-makcik ni meleter. sambil meleter, sambil usha bawah atas luar dalam.




p/s : Tempat kenduri tempat gosip, cari maklumat. Setuju? tak setuju? nah hamek lesung batu atas pala !

p/s/s : Korang mesti salah seorang jadi mangsa dalam benda nih kan? haha. 

Wednesday, January 5, 2011

..Makan Kepala Ikan Jadi Bodoh?..

(jap nak fikir.. ermmm... alamak... otak dah jem...) 

wahahaha... otak dia yg jem bukan otak aku...
Aku terbaca (ceh. bajet ayat TER baca ). aku terbaca ( tengok. sangat bajet okeh) aku BACA satu entry kat blog SEPET INI . pasal makan kepala ikan jadi bodoh apa ntah.


pastuh. tiba-tiba flashback aku muncul. pergh. dasat. time nak flashback tuh. berasap-asap atas kepala aku. haha


ada 2 orang mamat nih. time ni aku kat kedai makan. kedudukan meja aku dan meja mamat tuh agak dekat jugak lah. then aku dan member aku dengar perbualan 2 mamat nih.



mamat 1 : eh. ang makan kepala ikan ka?
mamat 2 : awatnya?
mamat 1 : jadi bodo kot.
mamat 2 : bodo pi lah.


HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAH !


Sila tepuk tangan kuat-kuat kat mamat number 2 tuh ..


Tak ke bodoh punya jawapan mamat 2 tu bagi.
Senang suka suki anak ayam ja kata "bodo pi lah " 


Selepas 5 minit. aku usha balik 2 orang mamat tuh.

aku tengokkk..

Mamat yang pertama tuh pon join sekaki makan kepala ikan.


aku dalam hati juz mampu berkata " oh ok whatever"

P/s : 2 x 5 saja kan? ( wah. tetiba masuk MATEMATIK nih =.=" ) 

so jangan lah yer makan kepala ikan...




                         otak jem!!!??? tipu!!!!!! brainfreeze!!! memory full!!!? lalalala...

..Things to do with my future wife..

Okay. Bunyi macam esok aku nak berkahwin dan KENAPA BANYAK ENTRY PASAL KAHWIN KAHWIN NI. MALU I MACAM NI. Okay. Haha. Okay lagi. Tak habis-habis okay. Ini hasil cilok dari kawan Chin Chan la ni. So, apa yang ditunggu lagi. Aku pun tau korang suka sangat benda-benda macam ni. Muahaha. Okay. TENGOK. CAKAP OKAY LAGI T_T




- Makan tiap-tiap malam di dimandikan cahaya bulan. Okay tipu la kalau tiap-tiap malam kan. Macam la tak Isteri reti masak kan? Tapi dimandikan cahaya bulan? Mana nak dapat? Kau hado?


- Sentiasa memegang tangan walaupun kemana sahaja. Memegang erat gituh. Dalam toilet tak pegang la.


(Aku perlu explain betul-betul. Korang ni nanti suka fikir pelik-pelik!)


- Selalu pergi melancong. Kaya kannnn xD


- Setiap pagi, tengah hari, petang, malam akan call atau hantar mesej kata "I Love You Sayang. Muahhh."


- Cium setiap pagi sebelum pergi kerja dan selepas balik kerja. WAHHHHH!!


- Letak status "Married" di Facebook. Dan tak pasti time aku kahwin ada lagi tak FACEBOOK. Mana nak tau, lagi 10 tahun Facebook jadi macam Myspace :B


-Pakai baju yang kaler sama. Matching tu. Baru terserlah kebahagian kami. Dan kalau ada orang nak mengorat aku. Macam "Eh eh. Mamat handsome tu dah berwife la. Rugi betul tak mengorat dia dulu. Dah la handsome. Cute pulak tuh" Okay cukup =.=


- Cium dalam hujan. Mesti Romantik! Wahhhh!! *pengsan*


-Setiap hari akan suap makan. MAKIN GUMUK NANTI CAM NO?


-Selalu belikan handbag, baju and rantai. HAHAHA. INI MACAM INSYALLAH KOT. KALAU AKU KAYA. MAYBE YES! SO, DOAKAN AKU LA YER xD


-Kalau aku berada di Luar Negara atau dia. Selalu webcam lepas tuh buat flying kiss :')


- Ada maybe dalam 1 or 2 hari tengok DVD bersama. Lepas tu berpegangan tangan atas sofa.


- Kalau boleh main lari-lari dalam rumah. Aku kejar dia, Dia kejar aku. Lepas tu end up atas katil. LOLOLOLOLOL


- Kalau wife tengah masak. Aku pergi tolong dia. Even, aku tak reti masak sangat.


- Sembahyang/Baca Al-Quran bersama :')))))))))


- Selalu buat cake sama-sama. Lepas tu main tepung-tepung. Romantik gila aku ni omg omg omg!


-Berbaring di atas pantai bersama-sama. Lepas tu tunjuk langit lepas tu bayangkan awan tu ada tulisan "I <3 YOU"


- Setiap ulang tahun perkahwinan akan berkahwin lagi sekali. Setiap tahun, lain negara. Amacam? HAHAHA


-Share ais-krim. Tak pun beli 2 flavour. Aku suka Chocolate. Dia suka Vanilla. Letak dalam 1 kon. Lepas tu makan bersama :')


-Setiap pagi suruh dia setkan rambut I.


- Selalu tido di atas peha Isteri dan begitu juga dia.


Last sekali adalahhhhh...


- NAK ADA ANAK KEMBAR :')







*Sapa nak baldi?*