I made this widget at MyFlashFetish.com.

Friday, May 20, 2011

:: Reality ::



"Never forget what someone says to you when they're angry because thats when the truth comes out"

:')

Sunday, May 15, 2011

:: Kucing ::



Kejadian di Restoran Ikan Bakar Apa-entah-nama-dia-lagi-tak-ingat-sebab-nama-dia-macam-pelik-sangat-tapi-tak-kisah-lah-nanti-aku-pergi-tengok-balik-then-aku-bagitau-la-kat-hampa-semua-apa-nama-restoran-itu-okay? Hahaha. Baca dalam 1 nafas please. Tapi pastikan ada paramedik kat sebelah. Kalau ada paramedik perempuan yang cun. Tak baca ayat annoying tu pun boleh la buat-buat pengsan :B



Pendahuluan dah panjang. Bagus bagus. Dah pandai dah kembangkan isi. Ce ce.



Ayah : *Baru balik dari tandas*

Aku : Nak pergi tandas sat. Tak tahan. Sambil buat muka paling innocent terkepit terkeput terkepet.

Ayah : Oh jaga-jaga. Kucing ada kat sana.

Aku : Hah?



MOTIF BAGITAU ANAK DIA NI YANG BERUSIA 19 TAHUN TAPI BULAN NOV NI MASUK 20 TAHUN KUCING ADA KAT SANA? MOTIF BAGITAU??????? KUCING JA KOT. BUKANNYA HARIMAU ATAUPUN GAY YANG NAK ROGOL ANAK DIA NI YANG BERUSIA 17 TAHUN TAPI BULAN NOV NI MASUK 20 TAHUN DALAM TANDAS TUH. SAYANG SUNGGUH ANAK DIA NI YANG BERUSIA 19 TAHUN TAPI BULAN NOV NI MASUK 20 TAHUN :')

:: siapa? ::


Orang tak dikenali. Nama dia A
"sazwan sakri? Siapa sazwan sakri?"



Orang tak dikenali. Nama dia B"Alah. Yang suka makan Nasi Kandar tuh."






Reaksi aku
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


-

Wednesday, April 13, 2011

:: Spongebob Squarepants Dan Member2 ::

I'm watching TV9 tadi masa aku nak balik dari kelas.. pada pukul 5:00 p.m.. cita apa heh? cita apa lagi.. SPONGEBOB SQUAREPANTS lah.. hahaha.. asal aku tgok ja cita ni.. aku slalu kata " hee..bodonyer " x pon.. "hahahaha.. lawak gila.. aku korek idung x lawak cam ni" x pon.. "tipu gila cita ni.. badan hancur pon leh idup balik" haha.. but seriously ia begitu melawakkan on that time.. aku gelak lebih dari hantu langsuir gelak.. hahaha..hantu tu serender tros.. hantu? errr.. *pandang kiri kanan* ( teringat lak petang tadi aku wat pedajal dekat romate aku... wakakaka.. lawak kowt... tapi seram pun ada jugak, aku terus belah keluar weh )..... eeeeee... seram nah tgok ni  SINI SINI Wakakaka


Berbalik. Berbalik (perlu ulang 2 kali?) Berbalik kepada -__- cerita SPONGEBOB SQUAREPANTS tadi ok.....
setiap character dlm cita cartoon ni ada function masing2..
ntah2 dlm dunia ni pon ada kot maknosia yg sama setiap sekor2..
hahaha..




SPONGEBOB
hahahahhaa.. watak utama.. perangai mmg gila vavi comei.. perangai ntah apa2.. sometime he's stupid dam dam.. sometime clever nak mati.. suka dia punya mimik2 muka.. kadang mata jadi besar, tgn jadi besar, mulut leh jadi cam mulut kerang busuk, siap leh cabut2 kaki lagi,amik otak bwk kuar tunjuk kat orang.. hahahahahah (start dah gelak lansgsuir aku)



PATRICK
ni character yg paling aku suka.. hahaha.. buduh buduh bangang cam tuh.. kalu lah aku ada kawan aku perangai sejibik cam patrick ni.. sumpah aku amik otak dia.. aku basuh guna berus jamban.. kalu x berkesan gak.. i have to wash guna washing machine.. kalu x berkesan jugak.. aku ketuk ang ngan mesin basuh tuh.. biar mati tros.. kecik2 tanak mampos ! besar2 nyusahkan orang !! sapa2 yg kaya maya sgt tuh.. silalah support patrick ini.. antar lah dia pi skol.. cian aih..



GARY
hurmmm.. SI SIPUT BABI yang bersuara KUCING !! what the hell? (=.=") but cute mah.. tapi ok lah kan.. mana ada suara siput babi.. ada ka? kalu ada tolong tunjuk skit kat aku.. hahaha.. (semalam dgr bunyi kucing.. tapi teragak2.. sbb takut yg tu suara siput babi...lalalala~)



SQUIDWARD
character yg paling hati kering berlagak angkuh bongkak takbur..hahah.. perangai ntah apa2.. dia benci seseorang tapi dia suka.. selalu kena dera ngan spongebob dan patrick.. haha.. amik kau.. lagi ko x suka.. depa lagi suka kacau kau.. haha.. suka dia punya idung.. bapak besar siak.. kalah serombong roket.. haha..
(tgok la muka dia.. cam nak sepak ja.. muka cannot go.. skema batak..haha)



MR. KRABS
paling kedekut skali.. haji bakhil tgok.. siap nangis2 lagi.. hahaha.. gila bapak punya kedekut.. tapi okeh la kan.. dia menabung.. menabung itu bagos.. yg peliknya.. siap ada anak.. iaitu seekor IKAN PAUS..
OMG !!




SANDY
persoalan smpai skang.. kenapa seekor TUPAI leh lost kat dalam laut? haha.. siap pakai helmet kaca tu lagi..mmg menyahut seruan tol.. kemana saja pakai helmet.. selamat siak.. mmg kreatif ar.. pastuh.. kawan2 lain nak enter sandy house.. kena pakai bekas kaca yg ada air.. hahaha.. cam tu pon ada eh? suka gigi dia.. cute ja 2 tersombol kat depan.. cam Allif Aziz..lalalala~
*lawa bunga atas helmet dia..




PLANKTON
wooooo... pandai tapi stupid.. get it? do u understand the word? hahaha.. otak pandai.. leh create mcm2 alat tuk curi hanbaoboa( hanboaboa ni dlm chinese yg bermaksud hamburger..saja nk gtau aku beljar mandarin dengan kawan aku..lalalala~).. dia nak curi hanbaobao Mr. Crab.. tpi ish.. bodonya ! hahaha.. geram aku..bodoh yang amat.. haha.. bila lah dia nk dpt hanbaobao tu kan? mari ktia prays for him.. hahaha.. dah la ada bini.. seekor KOMPUTER.. haha.. (komputer itu seekor kah?) lalala~

OTHERS



BIKINI BOTTOM
nama tmpat ini soooooooooooo sexy yawwww.. *grrrrrrr.. hahaha..tapi x heran lah.. kat Malaysia ni pon da nama2 pelik gak.. JANDA BAIK(baik sgt ke janda tuh?).. SUNGAI PETANI ( err... kaya gila petani tuh.. ada sungai ).. dan yg paling x leh blah.. LANGGAR (somewhere in Kedah.. haha.. slalu orang berlanggar2 ka kat situ?) lagi x boleh blah.. BELAKANG STADIUM or kata lain...BELAKANG LORONG..hahaha.. tmpat maknyah2 menjaja.. wakkakakaka !



KRABBY PATTY
hamburger yg popular kat situ.. aku rasa the one and only makanan yg ada kat situ.. haha.. x bosan ka ari2 juz eating sebuah hamburger (sebuah pon bolleeeh) nk try gi jual budu ka, belacan, cencaluk or satay kat sana.. sure laku punya lah.. sumpah x tipu..
(nmpk sedap la plak..*sllrrppp)


Tabik spring ah kat Stephen Hillenburg..
creator of this cartoon..

siapa pilihan character anda? aku suka NINJA TURTLE(haha.. x da kena mengena)

Sunday, March 6, 2011

Okey. Tu ja?

Tetiba aku teringat balik semasa aku tertinggal baju kemeja time aku tertinggal baju kemeja dulu penah aku tertinggal baju kemeja..(macam lain je ayat???) Tetiba je aku teringat time adik aku first time moody aku p kacau... Ini antara perbualan telefon antara adik aku dan aku. Ceh ceh. Entry lepas pon perbualan jugak..Nampak sangat tak ada idea. Okey. Mengata diri sendiri T_T


Iklan~~

Janganlah mengata diri sendiri. Sayangilah diri anda WTF (what the fish ok, saja nak bagitau).
(ecewah malu tanak pandang sini T_T)




Iklan~~






Tak da tak da. muahaha :B







Berbalik. Berbalik (perlu ulang 2 kali?) Berbalik kepada -__- perbualan telefon. Aku menalipon/menelefon/menelifon (hee. banyak leh wat ayat) adik aku syazrul. Sebab tertinggal Baju kemeja. Dah la baju kemeja feveret aku tuk pi kolej -__- Aku rasa aku bawak. tapi. aku rasa aku tak bawak. bley? haha


Aku : Hoi!
Adik : Apa?
Aku : Pi cari baju kemeja abang yang hitam putih sat. .
Adik : Ok

(Selang vavi 5 minit)

Aku : Dalam almari wei
Adik : Ok
Aku : Hitam putih kaler dia.
Adik : Ok
Aku : Jumpa?
Adik : Ok. Jumpa
Aku : Nasib baik (kata aku dalam hati)
Adik : Ok. (muahaha. PENIPU BESAR AKU)
Aku : Bagos-bagos. Hang pandai cam abang hang ni.
Adik : Ok.
Aku : Handsome jugak. Kui kui kui.
Adik : Ok.
Aku : Simpan elok-elok.
Adik : Ok.
Aku : Minggu depan aku balik aku ambil
Adik : Ok.
Aku : Tak pernah belajar bahasa lain selain OK?
Adik : ......
Aku : Oh. Ada jugak belajar bahasa lain. Buat la titik tu banyak-banyak.
Adik : Ok.
Aku : !@#$%^&*(



ANNOYING TAKKKKKK??


*Babing nya hidup aku!!*







Aku suka kau Patrick. Walaupon, Kau bodo nak mati xD

Monday, February 7, 2011

..Bila Kawan Meninggal Dunia..

Okey. Tetiba aku rasa aku nak update mengenai Kawan meninggal dunia. Aku ada kawan punya kawan. Kawan dia baru sahaja meninggal kerana kemalangan.


Dan please take note that AKU TAK GUNAKAN NAMA ARWAH UNTUK MENAIKKAN READER TRAFIK BLOG AKU ATAU MENCARI PUBLISITI MURAHAN. AKU JUST NAK MELUAHKAN APA YANG AKU RASA. SEKIAN.




Apabila aku melihat Facebook ARWAH, Aku terkedu sentap dan tiba-tiba air mata aku mengalir keluar apabila membaca komen-komen di profile Arwah. Walaupun Arwah tak ada kaitan apa-apa pon dengan aku. tapi aku berfikir "Ya Allah, Kasihan nya kawan-kawan dia, apatah lagi ahli keluarga dia. Mesti terasa gila dengan kehilangan Arwah"


Aku masih tak ada member-member yang terdekat mahupun jauh yang meninggal dunia. Alhamdullilah. Sebab tu bila aku baca komen-komen di Facebook Arwah. Aku macam sentap dan berfikir "Kalau ada kawan aku meninggal dunia cam na?" Sebab aku tak pernah merasa kehilangan seorang yang bernama SAHABAT. Ish. Kalaulah terjadi, mesti sedih gila aku.


Then, kalau beliau adalah kawan aku, aku nak je tulis macam ni di facebook die...:

" Fik , kau terbaik ! aku rindu kt kau :'( klau ko nak tau aku org yg berada di saf pling dpan skali mse semayangkn ko tdy, itu je yg terbaik aku boleh buat utk ko Fik :'( , . ya allah letakkn shafiq bin mohd noor ke dalam golongan hamba2MU yg beriman, amin :'( "


Korang tengok ayat "Kalau ko nak tau aku orang yang berada di saf depan sekali masa semayangkan ko tdy, itu je yang terbaik aku boleh buat utk ko Fik :'( " Aduhh. Apakah? apakah suma ini? Aku terpikir, Ada ka member-member aku yang akan menjadi orang yang berada di saf depan time aku meninggal? Ada? Ada ka member-member aku yang sedih jika aku perlu dulu dari dunia ini? Serius aku tak tahan. Aku sebak bila baca komen member-member dia. dan jika kawan aku meninggal. Mungkin aku juga akan membuat perkara yang sama.


Kalaulah ditakdirkan salah seorang kawan aku meninggal. Erkk. Cukup cukup. Aku tanak fikir lebih jauh. Sebab sangat teruk.


Yang aku dapat rungkaikan. FACEBOOK, HATI, GAMBAR serta MEMORI sahaja sisa-sisa terakhir yang dapat melepaskan rindu pada Arwah. Dan jikalau aku meninggal esok, lusa atau pon pada masa akan datang. BLOG aku yang dapat aku tinggalkan untuk kawan-kawan aku mungkin?


Ajal Maut Di Tangan Tuhan. Kita hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan semua orang :')



Takziah pada keluarga Arwah. Al-Fatihah pada Arwah jugak. Moga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin.


"Teringat Arwah TOK. Tok, Amin rindu Tok :'("

Thursday, January 27, 2011

..Cicak bertahi hitam putih..



"Cicak merupakan sejenis reptilia yang berdarah sejuk dan bertelur. Reptilia ini mampu memanjat dinding yang tegak dan licin seperti cermin. Kajian yang dilakukan oleh pakar sains mendapati bahawa telapak kaki cicak mempunyai rerambut halus yang mewujudkan daya lekatan pada tahap nano. Cicak juga mempunyai keupayaan untuk memutuskan ekornya apabila diancam. Dengan itu, musuhnya akan terperanjat ketika ekornya mengeliat-geliat sementara cicak melarikan diri "


Sumber : Wikipedia



Oh. baru tau. Dasyat gak cicak ni kan? siap leh putus-putus ekor lagi. Tengok gambar cam geli. warna koko. Tahik kaler hitam putih. mata ada 2, kaki ada 4. Kotor tak cicak ni? ada kuman? Makan apa hah cicak ni? Berdosa tak kalu kita bunuh? euwww.


Kenapa tiba-tiba citer sal cicak?


Ok fine.

semalam time aku tido agak2 pukul 4 pagi kowt..
Cicak jatuh atas kepala aku then masuk dalam baju =______=

bangang punya cicak..... 

Thursday, January 13, 2011

..6 situasi yang selalu buat di sekolah!..

Situasi Pertama

Nampak tak Cikgu pagi tadi? Hah kau nampak? Alahhhh. Aku tengok kereta dia tak ada pun. Plat kereta dia PTH 2423 kan? Aku tengok tak ada pun. Oh, dia datang dengan suami dia eh? Alahhhh. Aku ingat dia tak datang tadi. Maknanya ada kelas dia lah nanti? Penat pagi-pagi aku pergi park kereta cari kereta cikgu.




Situasi Kedua

Cikgu : Saya ada mesyuarat pada pukul 9 pagi nanti. So, saya kena batal kelas.
Murid-murid : ALAHHHH. APA NI CIKGU?! KAMI DAH BAWA BUKU DAH. DAH SEMANGAT NAK BELAJAR. CIKGU PULAK CANCEL KELAS. HAIH. MALAS AR CAMNI. APA NI APA NI. JANGAN LA CANCEL KELAS CIKGU. PLEASE. SEDIH AR CAM NI. CIKGU TAK SAYANG KITAORANG KE? ALAHH. MESYUARAT TU TAK PENTING KAN? KAMI NI LAGI PENTING. EXAM DAH DEKAT.
Cikgu : Saya suka dengan sikap kamu semua. Tapi saya terpaksa pergi kerana urusan yang penting.
Murid- Murid : Alahhhh :(


*Selepas cikgu keluar. Semua murid sorak kegembiraan T_T*



Situasi Ketiga

Murid A : Wehh. homework aku tak buat wehhh. Alamak.
Murid B dan C : Aku pun!
Semua murid : Aku juge aku juge!
Murid nerd : Aku buat! :P
Cikgu : Okay. Saya rasa saya ada bagi kerja sekolah semalam. kan? Sila buka kerja itu.
Semua murid : Eh mana ada cikgu. Mana ada. Cikgu tak bagi pun.
Murid Nerd : .....
Cikgu : Oh. Maaf. Mungkin saya terlupa. Biasalah saya dah tua. Dah 20 tahun saya kerja sebagai cikgu ni. Macam-macam cabaran saya tempuhi. Macam-macam jenis pelajar saya jumpa. Dulu saya study di bla bla bla bla pot pet pot pet.




Situasi Keempat

*Lagi 5 minit nak habis kelas* 
Cikgu : Okay. Itulah apa yang tadi diperbicangkan dalam buku teks. Saya harap kamu semua faham.
Semua murid : Oh faham faham *sambil kemas buku, stationary simpan dalam beg*
Cikgu : Kenapa kamu semua simpan beg? Kita masih ada 5 minit lagi. Saya nak bagi latihan dan nak kamu semua siapkan harini juga.
Semua murid : T_T *Bawa keluar balik semua barang*




Situasi Kelima

Cikgu : Sebenarnya. Dalam dunia ni ada macam-macam dugaan.
Murid : Dugaan apa cikgu?
Cikgu : Dugaan susah dan senang.
Murid : Senang macam mana cikgu?
Cikgu : Senang la. Mungkin dari segi kekayaan.
Murid : Macam mana nak kaya cikgu?
Cikgu : Kena rajin belajar la. Jadi pandai.
Murid : Macam mana nak jadi pandai cikgu?
Cikgu : Jadi pandai kena selalu baca buku. Jangan malas.
Murid : Buku macam mana tu cikgu?
Cikgu : Buku-buku teks kamu, kadang-kadang baca paper, novel.


OKAY. MASA DAH HABIS.




Situasi Keenam

Murid A :Wehh. Masa cikgu dah habis. Rehat kot sekarang. Dia tak perasan lah!
Cikgu : *still mengajar*
Murid B : Itulah. Aduhh. Macam mana ni?
Murid C : Kringg kringg. Kringg kringg.
Murid A : Cikgu tak perasan la bunyi loceng yang kau buat tuh.
Murid B : *menjerit* WEH KAU MURID F! JAM PUKUL BERAPA?
Cikgu : *tengok jam* Oh, masa rehat eh sekarang? Okay. Kamu semua boleh pergi rehat.

Tuesday, January 11, 2011

..Class Schedule..

Hello Ladies & Gentleman..
Tadi aku baru ja dpt jadual waktu yg baru..agak senang hati jugak lah
(senang hati? )..sbb jadual ni lebih baik dari jadual yg lama ( lebih baik? )..sbb jadual lama aku everyday kena bangun awal iaitu 6:30 a.m.. haha..but this jadual baru..aaaahh.. thank God ! kali ni kena bangun pukul 5:00 a.m  dan x berapa padat sangat lah.. tengok......





Description :
Tengok ari Isnin.. oh my gosh !! ada petak kosong !! sumpah masuk dalam pala hotak aku apa belajar.. aku jamin.. 100% !!
Tengok plak ari Selasa, rabu, khamis, .. yeah !! leh bangun lambat.. ngee~
Tengok ari jumaat.. ada klas di hujung2 dunia tuh.. duh.. kalu x.. leh balik Penang awal skit..


*2 minit pengsan berdiri masa first first tengok jadual ni*

Monday, January 10, 2011

..Hari Pertamaaaaa~..

Hari pertama aku isi dengan kemas bilik ja. haih. dari bilik lubuk oink oink teros tukar jadi bilik Casa Impian. haha.



Bilik aku :)
Agak-agak leh terjun tak? haha.



Sapa budak wtf nih? haih =.="



Ronda-ronda. aku tatau nama apa. tapi time ni hujan renyai-renyai rintik-rintik gitu. agak-agak nak feeling-feeling. leh lah datang. *eh? hujan ker? macam panas terik jer* haha


Blok aku~ horror gila. sebab tak ramai sangat orang.



ni la kowt tempat aku belajar.. JMTI? apa tu?

Yeayyy. esok akan start kuliah. jadual aku apa pon tatau lagi. haha. esok tatau lah cam na. haih. follow the flow lah. what the fish kau sazwan nak speaking. haha. harap classmate esok pon okeh. fun and funniahhh !


Beboiiii~





..Perhatian : Dia Mengganas!..

                                         Itu dia ITU DIA ITU DIA ITU DIA !!!





Inilah binatang yang paling digeruni bagi aku dan member-member kolej yang datang dari tempat yang tak ada padi. Aku dah mula menjumpai koloni-koloni binatang ni kat bilik asrama aku. BANYAK PULAK TUH! WOH! Okey fine! Sekarang dah musim dia dah. MUSIM DIA MENGGANAS! T_T






Binatang ni sangatlah bahaya. Bila dia datang merayap kat badan. Tak boleh bunuh dia. Kena buang elok-elok. Sebab binatang ni punya acid. OMG. Boleh tinggal parut okey. DAN SAAAAANGAT LAH TERUK ! Pada semua! BERJAGA-JAGA. Erk! aku rasa perlu stop menaip sekarang! Sebab dah rasa macam Makcik guard kolej dah hah JERIT SANA JERIT SINI TERLOPONG SANA TERLOPONG SINI =__=








Okey FINE!




Nama binatang ni CHARLIE.






ECECE.. NAMA NAK YANG COMEI JER! =__=






Hah jumpa sekor! pap! mati kau! *pijakpijak amik kerusi meja baling*

..Ada Facebook. Tidak Kisah. Tidak Ada Facebook? Oh. Tidak Kisah Jugak..

Ok. Kecoh 1 Malaysia. Ehem ehem. Assalamualaikum. Hai semua pengikut yang nampak or yang tak nampak. Sorry TERgelojoh .update teros taip Kecoh 1 Malaysia. Apa yang kecoh? Pandai buat gimik. Pandai buat Melodi. Pandai buat Akademi Fantasia. Pandai buat OKAY CUKUP SAZWAN. DIAM.



Facebook akan ditutup pada 15 March ini? OH MY GOD! TOLONG TOLONG. HELP ME HELP ME. TIDAKKKKKK. JANGANNNNN TUTUP. MACAM MANA NAK HIDUP LEPAS NI? FACEBOOK MACAM NYAWA AKU. FACEBOOK LIFE AKU. FACEBOOK LA JANTUNG PISANG AKU. FACEBOOK LA SEGALA-GALANYA. Facebook macam breakfast. Bangun-bangun pagi. Terus celik mata terus on laptop terus taip ID dan Password and terus update "Selamat Pagi Manusia-manusia Facebook. Apa khabar kalian?" Then disapa oleh orang-orang dalam tu even orang yang tak kenal T_T JANGAN TUTUP FACEBOOK. AKU MERAYU MELUTUT. JANGAN PERGI FACEBOOK. KALAU NAK PILIH ANTARA KLCC DAN FACEBOOK. AKU BETTER PILIH FACEBOOK *then cium tepi jalan* :B



NOT! 


Hey!! HAHA. OVER. SIAP BOLD LAGI. SIAP LETAK KALER MERAH LAGI. Kalau la Facebook nak tutup. Well, aku pun tidak tahu apa aku cakap ni. Bagi aku macam. Eh hello. Tidak ada Facebook pun aku macam tak kisah sangat. Nak tutup. Tutup la. Facebook la tempat bergaduh. Tempat up status marah-marah. Tempat mencarut-carut. Tempat budak-budak nak online. Umur baru darjah 5. Kad pengenalan pun tak ada lagi. Dah pandai nak Facebook-facebook. Tengok 1 perempuan tu habaq hang. Cantik. Rambut ishhh macam ROSALINDA AYAMMO. Tapi bila datang dari segi Facebook. Mencarut tak habis. Kalau lah Facebook ada lagi masa depan.




Anak : Mak, NAK CARI MENANTU MACAM MANA? Ini Cheq ada sorang calon. Lawa.
Mak : Mai Facebook dia. *Then Si mak check check* REJECT REJECT. KUAT MENCARUT BUDAK NI. DAH LA TANGKAP GAMBAR PUN SEKSI-SEKSI.



LOLOLOLOLOLOLOLOLOOLOLOLOLOLOL



Maybe aku tidak kisah sebab aku xreti sangat guna facebook. hahaha. bukak pown jarang. Ecehh. jarang?. Ayat tak boleh blah. Myspace? Hurmm. Account punya password pun dah lupa. Friendster? Errr. Friendster tu apa? LOLOLOLOL. Kalau la mereka ni boleh bercakap.




Facebook : Tulungg. Aku dah nyawa-nyawa ikan dah ni. CPR CPR please.
Myspace : Jangan tulung Cik Facebook. Biarkan dia mati. Hahaha. Rasakan. Sebab dia aku tak popular.
Friendster : *Batuk tua* Uhuk uhuk. Tak baik buat macam tuh. Uhuk uhuk. Kita kan 1 keluarga.
Twitter : *Senyum-senyum jahat*




Kalau betul-betul Mark nak tutup. Nak saman dia boleh? Pertama, SEBAB MENGHABISKAN MASA AKU ALMOST 3 YEARS MELAYARI INTERNET TANPA ARAH TUJUAN. Kedua, SEBAB KEHILANGAN INFORMATIONS, PICTURES (Sebab tanak memberatkan laptop. Aku simpan gambar dalam Facebook. keke), SKANDAL-SKANDAL AKU DAN MACAM-MACAM LAGI.. :B



Orang paling gembira Facebook nak tutup adalah semestinya Ibu Bapa. Tapi kalau Ibu Bapa yang ada Facebook atau stalk anak dia kat Facebook. Mungkin susah sikit kot nak menerima. Contoh anak update status "Nak pergi Clubbing. Jom jom. Sapa nak ikut?" Balik rumah anak bukak lampu tengok parent duduk dalam gelap TANPA HALA TUJU SEDANGKAN BOLEH JER BUKA LAMPU. SAJA NAK SUSPEN KATANYA. GITU. then anak pun terkejut sebab Ibu Bapa duduk dalam gelap macam hantu. Then marah-marah sebab tahu anak pergi clubbing balik lambat. Kantoi. Macam mana Ibu Bapa tahu? Ibu bapa guna gambar tipu then add anak tuh. WOW! Gambar yang guna tak boleh blah. Guna gambar Lady Gaga. Rozita Che Wan.




Tapi aku rasa itu semua gimik ja. Facebook takkan tutup la. mustahil . Harga untuk Facebook tu BERBILLION BILLION LEMON kot. Entah-entah BERTRILLION-TRILLION LIMAU KASTURI. So, takkan nak tutup macam tu je kot kan? Rilek kawan-kawan. Rilek. Itu gossip jer. Kita tunggu MELODI pergi interview Mark. Komfem, dari tutup tak jadi tutup terus. Tiba-tiba Melodi tanya"Mark mark, Ko nak tutup Facebook sebab apa? Sebab bergaduh dengan Nora Danish kan?" TETIBA NORA DANISH. HAHAHA. TU JA ARTIS TERLINTAS DALAM FIKIRAN AKU. AKU LETAK JA LA :B 


ni ha tekan kat sini...





Ok. Bye. Nak pergi check kot-kot ada Ibu Bapa aku dalam Friend List.




Konklusi : Aku tak kisah pun kalau Facebook tutup. Kalau tutup, tutup la. Kalau tidak tutup. Ok juga :)