Okey. Tetiba aku rasa aku nak update mengenai Kawan meninggal dunia. Aku ada kawan punya kawan. Kawan dia baru sahaja meninggal kerana kemalangan.
Dan please take note that AKU TAK GUNAKAN NAMA ARWAH UNTUK MENAIKKAN READER TRAFIK BLOG AKU ATAU MENCARI PUBLISITI MURAHAN. AKU JUST NAK MELUAHKAN APA YANG AKU RASA. SEKIAN.
Apabila aku melihat Facebook ARWAH, Aku terkedu sentap dan tiba-tiba air mata aku mengalir keluar apabila membaca komen-komen di profile Arwah. Walaupun Arwah tak ada kaitan apa-apa pon dengan aku. tapi aku berfikir "Ya Allah, Kasihan nya kawan-kawan dia, apatah lagi ahli keluarga dia. Mesti terasa gila dengan kehilangan Arwah"
Aku masih tak ada member-member yang terdekat mahupun jauh yang meninggal dunia. Alhamdullilah. Sebab tu bila aku baca komen-komen di Facebook Arwah. Aku macam sentap dan berfikir "Kalau ada kawan aku meninggal dunia cam na?" Sebab aku tak pernah merasa kehilangan seorang yang bernama SAHABAT. Ish. Kalaulah terjadi, mesti sedih gila aku.
Then, kalau beliau adalah kawan aku, aku nak je tulis macam ni di facebook die...:
" Fik , kau terbaik ! aku rindu kt kau :'( klau ko nak tau aku org yg berada di saf pling dpan skali mse semayangkn ko tdy, itu je yg terbaik aku boleh buat utk ko Fik :'( , . ya allah letakkn shafiq bin mohd noor ke dalam golongan hamba2MU yg beriman, amin :'( "
Korang tengok ayat "Kalau ko nak tau aku orang yang berada di saf depan sekali masa semayangkan ko tdy, itu je yang terbaik aku boleh buat utk ko Fik :'( " Aduhh. Apakah? apakah suma ini? Aku terpikir, Ada ka member-member aku yang akan menjadi orang yang berada di saf depan time aku meninggal? Ada? Ada ka member-member aku yang sedih jika aku perlu dulu dari dunia ini? Serius aku tak tahan. Aku sebak bila baca komen member-member dia. dan jika kawan aku meninggal. Mungkin aku juga akan membuat perkara yang sama.
Kalaulah ditakdirkan salah seorang kawan aku meninggal. Erkk. Cukup cukup. Aku tanak fikir lebih jauh. Sebab sangat teruk.
Yang aku dapat rungkaikan. FACEBOOK, HATI, GAMBAR serta MEMORI sahaja sisa-sisa terakhir yang dapat melepaskan rindu pada Arwah. Dan jikalau aku meninggal esok, lusa atau pon pada masa akan datang. BLOG aku yang dapat aku tinggalkan untuk kawan-kawan aku mungkin?
Ajal Maut Di Tangan Tuhan. Kita hanya mampu berdoa untuk kebahagiaan semua orang :')
Takziah pada keluarga Arwah. Al-Fatihah pada Arwah jugak. Moga ditempatkan bersama orang-orang yang soleh. Amin.
"Teringat Arwah TOK. Tok, Amin rindu Tok :'("
No comments:
Post a Comment