I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, January 5, 2011

..I Love My Utarian Accents. Aku Suka Cakap Utara Habaq Hang..

Kerana Aku ni rakyat Penang yang prihatin lagi bertanggungjawab serta baik hati. Cewah. Aku nak ajar macam mana cakap Utara. Well, Ayah orang kelantan. Dan Mak pula orang penang. Aku dah tinggal di Penang selama aku hidup sekarang ni la. Hahaha. Bila jumpa orang-orang kat Facebook dan Twitter. Bila bercakap dalam telefon untuk kali pertama. Tak kisah ah webcam or apa-apa ja lah *ok cakap cakap cakap bla bla pot pet pot pet* Then selepas habis cakap mereka sent mesej "Pekat noh hang cakap utara" LOLOLOL. Selalu jugak ah terjadi macam tu dan aku macam "Eh pehal lu. Biar la kat kiter doh. doh doh." Ada jugak kata aku anak mami. Tapi aku bukan anak mami. Muka aku ada nampak macam BANGLA JUAL KARPET KETUK-KETUK PINTU RUMAH ORANG TU ka? Ada macam MAMAK JUAL NASI KANDAR ka?! 


Ada jugak member-member kolej yang dari negeri lain susah benar Aku nak meng-translate-kan bila orang utara cakap dengan orang utara. Mereka macam"Apa hang cakap tuh?" , "Hah. What's that dude?", "Omg. I can't understand what you are talking about. Omg omg"



Perlis, Kedah ngan Penang. Aku rasa melalui siasatan FBI aku. Ada kelainan sikit. Kedah ni macam memang pekat gila-gila. Penang ni macam ala-ala ja. Tapi bila cakap tu tekan gila-gila. Dan untuk Perlis pulak dia macam lanjut. Contoh kalau kasut jadi Kasuit. HAHAHA. TERGELAK AKU EMPATPULUHMINIT. Kasuit. Patuit.


Inilah serba sedikit bahasa utara yang bagi aku macam pekat yang amat.



Tandas - Pancoq
Aku nak terkencing ni. Pancoq kat mana ntah?


Korang - Hangpa
Hangpa ni tak mau tidoq lagi ka? Amboi amboi amboi.
*Amboi amboi amboi tu saja tambah :B


Kenapa - Pasepa/Awat
Laa. Hang pasepa ni? Gila apa.


Saya - Cheq
Nama Cheq Halimah Khan. Cheq duk kat Balik Pulau.


Awek - Marka
Amboih. Dah ada marka no. Bila hang nak tunjuk kat aku?


Makan gelojoh - Kedarah
Hang ni. Makan ka kedarah? Punya la banyak nasi hang amik


Tolong Beritahu - Hang Habaq Mai Sat
Sapa marah hang? Hang hang mai sat kat aku. Biaq aku taboh dia.
*Taboh tu macam pukul la.


Daun Kari - Daun Karapole
Nih. Pi beli mai kat mai kat aku Daun Karapole. Aku nak masak Gulai.
*Kari tu Gulai*


Kotor - Berlemoih
Awat hang berlemoih sangat ni? Hang jatuh parit mana niii????


Malas - Baloq Liat
Hah! Hang tidoq sampai tengah hari. Baloq liat sungguh laaaa..


Sekejap - Sat
Sat sat. Aku ada kerja ni. Tunggu sat noh..


Kelam Kabut - Kalut
Hang ni awat kalut sangat? Rilek la. Belum mula lagi kan cerita tu? Kalut apa aku pun tatau.


Runtuh - Reban
Turun dari katil aku! Nanti reban sapa nak bayaq?!


Bling Bling - Mengelip
Amboih. Baju hang mengelip-ngelip. Siap labuci dari atas sampai bawah.
*HAHAHA. INI MACAM SUSAH NAK TYPE DALAM NI. SEBAB DIA MACAM SUSAH LA NAK CAKAP! HAHAHA.*


Itulah dia. Sebenarnya banyak lagi. Tapi mampuih aku nak type semua. Dari semua negeri kat Malaysia ni. Kelantan yang aku macam Apa tu apa tuh omg omg. Bila dengar member Kelantan cakap phone ngan member Kelantan dia yang lain aku dah macam ternga nga terpesona terkesima. Sumpah sepatah haram aku tak paham.




Tiba-tiba lapaq PASEMBOQ :B

No comments:

Post a Comment